Penurunan manusia ke peringkat rendah
yang paling bawah
Allah Yang Maha Tinggi
menciptakan roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang pertama
diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia
berkehendak menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan Dia berbuat demikian
ialah bagi mengajar roh suci mencari jalan kembali kepada yang sebenar di tahap
Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir dan akrab dengan Allah.
Dihantarkan-Nya roh suci kepada perhentian utusan-utusan-Nya, wali-wali-Nya,
kekasih-kekasih dan sahabat-sahabat-Nya. Dalam perjalanannya, Allah
menghantarkannya mula-mula kepada kedudukan akal asbab bagi keesaan, bagi roh
universal, alam nama-nama dan sifat-sifat Ilahi, alam hakikat kepada Muhammad
s.a.w. Roh suci memiliki dan membawa bersama-samanya benih kesatuan. Apabila
melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan dinamakan ‘roh sultan’. Apaabila
melalui alam malaikat yang menjadi perantaraan kepada mimpi-mimpi, ia mendapat
nama ‘roh perpindahan’. Bila akhirnya ia turun kepada dunia kebendaan ini ia
dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan untuk kesesuaian makhluk-Nya. Ia
dibaluti oleh jirim yang kasar bagi menyelamatkan dunia ini kerana dunia
kebendaan jika berhubung secara langsung dengan roh suci maka dunia kebendaan
akan terbakar menjadi abu. Dalam hubungannya dengan dunia ini ia dikenali
sebagai kehidupan, roh manusia.
Tujuan roh suci dihantar ke
tempat ciptaan yang paling rendah ini ialah supaya ia mencari jalan kembali
kepada kedudukannya yang asal, makam kehampiran, ketika ia masih di dalam bentuk
berdaging dan bertulang ini. Ia sepatutnya datang ke alam benda yang kasar ini,
dan dengan melalui hatinya yang berada di dalam mayat ini, menanamkan benih
kesatuan dan menunbuhkan pokok keesaan di dalam dunia ini. Akar pokok masih
berada pada tempat asalnya. Dahannya memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana
demi keredaan Allah, mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di dalam bumi hati roh
itu menanamkan benih agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok agama agar
diperolehi buahnya, tiap satunya akan menaikkannya kepada peringkat yang lebih
hampir dengan Allah.
Allah membuatkan jasad-jasad
atau tubuh-tubuh untuk dimasuki oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini masing-masing
mempunyai nama yang berbeza-beza. Dia bena ruang penyesuaian di dalam tubuh.
Diletakkan-Nya roh manusia, roh kehidupan di antara daging dan darah.
Diletakkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati, di mana dibena ruang bagi jirim
yang sangat seni untuk menyimpan rahsia di antara Allah dengan hamba-Nya.
Roh-roh ini berada pada tempat yang berbeza-beza dalam tubuh, dengan tugas yang
berbeza, urusan yang berbeza, masing-masing umpama membeli dan menjual barang
yang berlainan, mendapat faedah yang berbeza. Perniagaan mereka sentiasa
membawakan kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk nikmati dan rahmat Allah.
“Daripada apa yang
Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang, (mereka)
mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi”. (Surah Fatir, ayat
29).
Layaklah bagi setiap manusia
mengetahui urusannya di dalam alam kewujudan dirinya sendiri dan memahami
tujuannya. Dia mestilah faham bahawa dia tidak boleh meminda apa yang telah
dihukumkan sebagai benar untuknya dan digantungkan dilehernya. Bagi orang yang
mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya, yang terikat dengan cita-cita
dan dunia ini Allah berkata: “Tidaklah (mahu) dia ketahui (bagaimana keadaan)
apabila dibongkarkan apa-apa yang di dalam kubur? Dan dizahirkan apa-apa yang di
dalam dada?” (Surah ‘Aadiyat, ayat
9). “Dan tiap-tiap manusia Kami gantungkan
(catatan) amalannya pada tengkuknya…” (Surah Bani Israil, ayat
13).
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.