Bahagian
kedua
4. Pengesahan
benarnya tentang tanda zhohir dan nampak: satu misalan
Dari contoh perumpamaan dan cara itu, janganlah saudara anggap pula saudara telah mendapat kebenaran dari saya untuk membolehkan saudara menyingkirkan bentuk zhohir yang nampak ini, atau menyangka telah batal apa yang zhohir itu. Seolah-olah misalnya saya mengatakan Nabi Musa itu tidak memakai kasut, tidak sebenarnya menerangkan perkataan "tanggalkan kasutmu". Semoga Allah melindungi saudara daripada anggapan dan sangkaan yang salah dan silap itu.
Hanya orang-orang bathiniah
(kebatinan) sahaja yang membatalkan tanda-tanda zhohir itu. Mereka memandang
satu alam sahaja iaitu Alam Ghaib dan mereka tidak tahu perimbangan yang ada
antara yang zhohir dengan yang batin. Inilah segi atau aspek yang mereka tidak
ambil tahu.
Sebaliknya orang-orang yang
membatalkan yang ghaib dan memandang yang zhohir sahaja adalah orang-orang
Hasuwiyah (Kebendaan). Dengan lain perkataan memujaradkan (abstrak) dan
mengasingkan yang zhohir dari keseluruhannya ialah orang-orang kebendaan, dan
barangsiapa memujaradkan batin ialah orang kebatinan dan barangsiapa menyambung
dan memperkaitkan yang ghaib dan yang zhohir itu, maka dialah orang yang
sempurna dan benar. Kerana itulah Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda yang
bermaksud;
"Al-Qur'an
itu mempunyai yang zhohir dan yang batin, yang awal dan
akhir".
Saya terangkan bahawa Nabi Musa a.s.
benar-benar tahu dan mengerti tentang perintah "tinggalkan kasutmu" itu yang membawa pengertian zhohir
dan batin. Beliau mematuhi perintah itu secara zhohir iaitu dengan menanggalkan
kasutnya dan secara batinnya iaitu dengan menanggalkan dua alam tersebut (Alam
Nyata dan alam Ghaib).
Di sini saudara lihat ada perhubungan
antara kedua-dua itu;
-
perkaitan perkataan zhohir dengan idea(tanggapan) batin,
-
perbezaan antara kedudukan yang benar dan yang salah,
bolehlah kita huraikan seperti
berikut;
Seorang hamba mendengar sabda Nabi
yang bermaksud;
"Malaikat
tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing (atau
gambar)"
Tetapi hamba itu terus juga
memelihara anjing di rumah itu kerana katanya bahawa sabda Nabi itu bukanlah
bermaksud yang lahir itu, tetapi maksud sebenarnya ialah "halau anjing kemarahan dari rumah hati kerena kemarahan itu
menghalang ilmu yang datang dari cahaya kemalaikatan, kerana marah itu adalah
iblis hati".
Seorang yang lain pula mematuhi
perintah itu secara lahirnya(zhohirNya), dan kemudian berkata; "Anjing itu bukanlah sebab bentuk zhohirnya, tetapi ialah sebab
tanggapan anjing pada segi batinnya iaitu ganas dan cerobohnya. Jika rumahku
yang zhohir tempat badanku duduk lagi mesti dibersihkan dari anjing yang
zhohir, maka tentulah lebih lagi perlu dan pentingnya rumah hatiku iaitu iaitu
tempat manusia ku sebenarnya dibersihkan dari sifat-sifat anjing, dalam
tanggapan keruhanian".
Orang yang mematuhi kedua-duanya itu
sekaligus, maka itulah orang yang sempurna. Maka inilah apa yang dimaksudkan
"Orang yang
sempurna itu ialah orang yang tidak membiarkan cahaya ilmunya memadam cahaya
ketaatan".
Begitu juga dia tidak pernah
dilihat membiarkan dirinya meninggalkan syariat, meskipun kebatinannya telah
cukup sempurna. Orang yang meninggalkan syariat itu sebenarnya telah silap dan
ini ada berlaku kepada beberapa orang yang menganggap dirinya Sufi yang
mengatakan dibolehkan membuang syariat seperti menggulung tikar sahaja,
sehingga ada yang mengatakan sembahyang tidak perlu kepadanya lagi kerana ia
sentiasa sembahyang dalam hatinya.
Tetapi ini berlainan daripada
kesesatan golongan orang-orang Abahiyah (orang-orang sesat yang dipengaruhi oleh
pemikiran-meikiran kristian) yang mempermain-mainkan kata falsafah seperti
seseorang mengatakan; "Allah tidak memerlukan kerja-kerja (amalan) kita". dan
dia tidak mahu langsung membuang marah dan nafsu ammarah yang ada padanya kerana
pada kepercayaannya dia tidak diperintahkan untuk membuang marah dan nafsu yang
engkar itu. Sesungguhnya golongan yang akhir itu ialah yang paling jahil dan
bodoh. Tetapi bagi kesilapan golongan yang pertama itu, ibarat kuda yang bagus
yang terpelecok kakinya, kesilapan orang-orang sufi yang telah diselewengkan
oleh syaitan dari jalan yang lurus.
Kita kembali semula kepada
perbincangan kita berkenaan "menanggalkan
kasut" itu. Perkataan zohir itu menyedarkan maksud batinnya iaitu
menanggalkan duaan alam. Simbol yang zhohir itu ialah benda benda
sebenarnya dan pemakaiannya kepada maksudnya yang batin itu ialah hakikatnya.
Mereka yang mengenal ini adalah jiwa-jiwa yang telah mencapai peringkat kaca
lutsinar (kaca yang boleh tembus pandangan ke sebalik atau tembus sinaran
cahaya). Kita akan kaji maksud ini sekarang.
Pada khayalan atau sangkaan
(imaginasi), benda yang zhohir yang menjadi bentuk simbol itu, adalah keras
dan kasar. Ia melindungi maksud batinnya. Ia terselit antara kita dengan
cahaya yang tidak nampak itu. Tetapi apabila benda kasar itu menjadi kaca
lutsinar, maka cahaya itu akan terus menerus tembus ke sebaliknya bahkan cahaya
itu tidak terpadam oleh hembusan angin. akan kita ceritakan tentang kaca
lutsinar ini. Sementara itu, ingatlah bahawa alam rendah dan kasar pada
pandangan Ambiya Allah, telah menjadi seperti naungan "KACA" lutsinar, dan
"Misykaat (ceruk) cahaya";
-
penapis yang menapis keluar dengan terang rahsia-rahsia Ketuhanan;
-
batu locatan menuju Alam Tinggi.
Maka tahulah kita bahawa
simbol yang zhohir ini adalah benar dan ada; dan dibelakngnya terletak rahsia.
Ini pun serupalah boleh dipakai kepada simbol-simbol "Gunong", "Api" dan
lain-lain itu.
Bersambung ke tajuk
seterusnya...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.