(Petikan surat Syeikh
Abdul Qadir al-Jailani)
Sahabat-sahabatku yang
dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti
membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu
itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “Allah
adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu
hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya
seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu
anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan
mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan
dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok
penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun
tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan
menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah
menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahsia Ilahi
bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh
ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan
(kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah
“…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu
rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang
secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui
sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan.
Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran
Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk
langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit,
melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap
sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat
terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan
“bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur
kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul
di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja
di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah. Allah
bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di
ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah
matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu
“berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam
kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai
selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui
tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan
yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila
cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya
jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.
|
Rd.Adi Kusuma
Minggu, 22 Juli 2012
Sirr Al Asrar [Rahsia dalam rahsia] 1.Ucapan untuk para pembaca
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.