Bahagian
kedua
5. Satu lagi contoh
dua segi atau pengesahan yang sama berkenaan zhohir dan batin
ini.
Apabila Nabi SAW. bersabda;
"Saya lihat
Abdul Rahman masuk syurga merangkak"
maka janganlah saudara anggap Nabi
SAW. tidak melihat dengan matanya sendiri. Sebenarnya Nabi SAw. melihat
perkara itu dalam jaganya, seperti orang yang bermimpi melihat dalam mimpinya,
meskipun orang yang bernama Abdul Rahman bin Auf pada masa itu sedang tidur di
rumahnya. Kesan tidur yang hanya ada di sini dan pandangan-pandangan (batin)
yang seumpamanya ialah; ianya menyekat kuasa deria ke atas ruh; yang mana
adalah Cahaya Ketuhanan yang batin. Ini adalah kerana
-
deria telah terlebih dahulu menguasai ruh,
-
menarik kembali ke alam deria, dan
-
memalingkan muka manusia jauh dari Alam Ghaib dan Alam Tinggi itu.
Tetapi dengan menyekat deria itu,
setengah daripada cahaya Kenabian boleh menjadi terang dan tetap hingga deria
tidak lagi menarik ruh itu kembali ke alamnya dan tidak juga menguasai seluruh
perhatian mereka. Oleh itulah mereka melihat dalam keadaan jaga apa yang
dilihat oleh orang lain dalam mimpi.
Tetapi jika ini telah mencapai
kesempurnaan yang sebenarnya, maka tidaklah terhad kepada melihat bentuk zhojir
sahaja, ianya melalui terus dari situ ke tanggapan batin; maka terlihat oleh
orang-orang itu bahawa;
-
iman sedang menarik jiwa atau ruh seorang Abdul Rahman bin Auf ke Alam Tinggi itu (di sebut "syurga") dan
-
harta kekayaan menarik ruh itu ke alam rendah iaitu dunia yang diduduki ini.
Jika ruh itu lebih kuat terpengaruh
oleh Alam Rendah, maka perjalanan ruh itu menuju syurga akan terhalang. Tetapi
jika tarikan iman lebih kuat, maka jiwa itu hanya mendapat kepayahan atau
terhenti kadang-kadang dalam perjalanannya. Mak perumpamaan (simbol) ini,
dalam alam deria ialah ibarat "merangkak" .
Itulah rahsia-rahsia yang dinampakkan
keluar dari belakang lutsinar hablur khayalan (imaginasi) itu. Ini bukanlah
terhad hanya kepada pandangan Nabi SAW. terhadap Abdul Rahman itu sahaja,
meskipun dia sahaja yang beliau lihat pada masa itu. Pandangan ini membolehkan baginda membuat kesimpulan bahawa
tiap-tiap orang yang kuat pandangan batinya dan teguh imannya, tetapi
harta-bendanya yang banyak menekan imannya, hampir-hampir ia dipengaruhi oleh
harta, tetapi imannya masih kuat, maka menanglah ia, tetapi dalam keadaan
merangkak-rangkak.
Inilah simbol atau ibarat yang
dipandang oleh Nabi SAW. hingga baginda dapat membuat kesimpulan dari pandangan
itu. Contoh ini menerangkan kepada saudara bagaimana Nabi-nabi melihat
benda-benda konkrit dan dapat terus memandang idea-idea keruhanian di sebalik
benda-benda itu. Selalunya idea atau tanggapan itu dibawa terus kepada
pandangan batin dahulu dan kemudian dari situ melihat kepada ruh khayalan dan
menerima cop atau bekas benda konkrit yang dikiaskan oleh idea itu. Apa
yang diberikan oleh ilham dalam pandangan waktu tidur atau mimpi perlu ditafsir
atau dita'birkan. .
Bersambung ke tajuk
seterusnya...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.