Rd.Adi Kusuma

Rd.Adi Kusuma

Minggu, 22 Juli 2012

Misykaatul Anwar Bahagian kedua 2. Satu contoh perumpamaan dari cerita Nabi Ibrahim a.s yang tersebut dalam Al-Quran

Bahagian kedua

2.   Satu contoh perumpamaan dari cerita Nabi Ibrahim a.s yang tersebut dalam Al-Quran
 




Dengarlah sekarang,  jika Alam Tinggi mempunyai cahaya yang digelar "malaikat" dan cahaya itu dipancarkan pula kepada ruh-ruh,  maka oleh keran itu malaikat-malaikat itu bolehlah digelarkan "tuan",  dan tuan bagi segala tuan-tuan itu ialah Allah.  Tuan-tuan(malaikat-malaikat) ini mempunyai peringkat-peringkat sinaran yang berbeza-beza.  Simbol semua itu dalam Alam Nyata ialah matahari,  bulan dan bintang.

Salik(orang yang dalam perjalanan hati/jiwa menuju Allah) naik ke satu peringkat seumpama sebuah bintang.  Sinaran cahaya bintang itu nampak kepadanya.  Maka disedarilah bahawa dunia di bawah sana mengagungkan pengaruh dan sinaran cahaya bintang itu.  Oleh kerana indah dan agungnya bintang itu,  Salik sedar tentang adanya keagungan bintang itu lalu ia berkata, "Inilah TuhanKu"Salik mengembara lagi.  Maka dilihatnya pula ada yang lain yang lebih hebat dan besar dari bintang itu iaitu bulan,  dan cahaya  bintang tenggelam oleh sinaran bulan lalu Salik berkata; "Aku tidak mengagungkan sesuatu yang tenggelam".   Kemudian dia naik lagi ke peringkat yang disimbolkan sebagai matahari.  Ini lagi hebat daripada bulan,  tetapi matahari pun terbenam dan tenggelam juga.  Tentulah ada lagi satu kuasa yang lebih hebat dan Maha Agung.

Salik(dalam Al-Qur'an ialah Nabi Ibrahim as.kerana ini adalah cerita Nabi Ibrahim as.) pun memutuskan untuk berkata,

"Aku telah menghadapkan mukaku kepada 'Yang' menjadikan langit dan bumi.  akulah orang yang percaya(beriman) dan aku bukanlah termasuk ke dalam golongan mereka yang mensyirikkan Allah".

Siapakah yang dimaksudkan oleh perkataan "Yang" dalam ayat itu????  Tentulah ia tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan.  Jika ada orang bertanya,  "Apakah simbol yang boleh dibandingkan atau disamakan dengan  "Yang"  itu ???" .  Tidaklah juga tidak ada jawapannya.

Ketahuilah "Yang" tanpa bandingan dan sekutu atau persamaan itu ialah Allah.  Dia Maha Esa.  Oleh sebab itulah apabila orang-orang Arab bertanya kepada Nabi,  "Dengan apakah yang boleh kami bandingkan Allah itu?".  Nabi menjawab dengan firman Tuhan,  "

Katakan bahawa Allah itu Esa, tidak ada akhir, tidak ada awal,  tidak ada bapa,  tidak ada anak,  tidak ada satu pun yang seumpama atau sebanding dengan Dia". (Al-Qur'an).

Ini menunjukkan Allah itu Maha Tinggi dan tidak termasuk dalam bidang perbandingan.

Firaun berkata kepada Nabi Musa a.s;  "Apa???....Menyembah Tuhan sekelian alam???" .  Seolah-olah hendak tahu Zat Tuhan.  Sebagai jawapan,  Nabi Musa hanya menunjukkan kepada perbuatan atau kerja Tuhan kerana itu lebih nyata kepada si penyoal,  dan berkata bahawa,

"Allah itulah Tuhan langit dan bumi".

Tetapi Firaun berkata kepada orang-orangnya,  "Ha!!!!!! dengar oleh kamu sekelian!!"  Seolah-olah mengejek Nabi Musa as.  kerana tidak dapat menjawab pertanyaannya tentang Zat Allah itu.  Kemudian Nabi Musa as.  berkata,

"Tuhan kamu  dan Tuhan nenek moyang kamu ialah Allah".

Tetapi Firaun menuduh Nabi Musa as.  telah gila.  Firaun mahukan kiasan atau ibarat tentang Zat Tuhan,  tetapi Nabi Musa a.s. hanya menceritakan perbuatan-perbuatan atau kerja-kerja(Af'aal) Tuhan itu sahaja.  Lalu Firaun pun berkata,  "Rasul yang diutuskan kepada kamu semua ini telah gila".

Bersambung ke tajuk seterusnya...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.