Penyucian diri
Dua jenis penyucian: Pertama
zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan membasuh tubuh badan
dengan air yang bersih. Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan
menyedari kekotoran di dalam diri, menyedari dosanya dan bertaubat dengan
ikhlas. Penyucian batin memerlukan perjalanan kerohanian dan dibimbing oleh guru
kerohanian.
Menurut hukum dan peraturan
agama, seseorang menjadi tidak suci dan wuduk menjadi batal jika keluar sesuatu
dari rongga badan. Ini perlu diperbaharui dengan wuduk. Dalam hal keluar mani
dan darah haid mandi wajib diperlukan. Dalam hal lain, bahagian tubuh yang
terdedah - tangan, lengan, muka dan kaki - mesti dibasuh. Mengenai pembaharuan
wuduk Nabi s.a.w bersabda, "Pada setiap pembaharuan wuduk
Allah perbaharui kepercayaan hamba-Nya yang cahaya iman digilap dan memancar
dengan lebih bercahaya". Dan, "Mengulangi
bersuci dengan wuduk adalah cahaya di atas cahaya".
Kesucian batin juga boleh
hilang, mungkin lebih kerap daripada kesucian zahir, dengan sifat buruk, buruk
perangai, perbuatan dan sifat yang merosakkan seperti sombong, takabur, menipu,
mengumpat, fitnah, dengki dan marah. Perbuatan secara sedar dan tidak sedar
memberi kesan kepada roh: mulut yang memakan makanan haram, bibir yang berdusta,
telinga yang mendengar umpatan dan fitnah, tangan yang memukul, kaki yang
membawa kepada kejahatan. Zina, yang juga satu dosa, bukan sahaja dilakukan di
atas katil. Nabi s.a.w bersabda, "Mata juga
berzina".
Bila kesucian batin
ditanamkan demikian dan wuduk kerohanian batal, membaharui wuduk demikian adalah
dengan taubat yang ikhlas, yang dilakukan dengan menyedari kesalahan sendiri,
dengan penyesalan yang mendalam disertai oleh tangisan (yang menjadi air yang
membasuh kekotoran jiwa), dengan berazam tidak akan mengulangi kesalahan
tersebut, berhasrat meninggalkan semua kesalahan, dengan memohon keampunan
Allah, dan dengan berdoa agar Dia mencegahnya daripada melakukan dosa lagi.
Sembahyang adalah menghadap
Tuhan. Berwuduk, berada di dalam keadaan suci, menjadi syarat untuk
bersembahyang. Orang arif tahu penyucian zahir sahaja tidak memadai, kerana
Allah melihat jauh ke dalam lubuk hati, yang perlu diberi wuduk dengan cara
bertaubat. Firman Allah: "Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu, untuk
tiap-tiap orang yang bertaubat, yang menjaga (batas-batas)". (Surah Qaaf, ayat 32).
Penyucian tubuh dan wuduk
zahir terikat dengan masa kerana tidur membatalkan wuduk. Penyucian ini terikat
dengan siang dan malam bagi kehidupan di dalam dunia. Penyucian alam batin,
wuduk bagi diri yang tidak kelihatan, tidak ditentukan oleh masa. Ia untuk
seluruh kehidupan - bukan sahaja kehidupan sementara di dunia tetapi juga
kehidupan abadi di akhirat.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.