Tujuan penyucian itu ada dua
jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk kepada alam sifat-sifat Ilahi dan
kedua untuk mencapai makam Zat.
Penyucian untuk memasuki alam
sifat-sifat Ilahi memerlukan pelajaran yang membimbing seseorang di dalam proses
penyucian cermin hati daripada gambaran haiwan manusia dengan cara rayuan,
ucapan atau memikirkan dan mendoakan pada nama-nama Ilahi. Ucapan itu menjadi
kunci, perkataan rahsia yang membuka hati. Hanya bila mata itu terbuka baharulah
boleh dia melihat sifat-sifat Allah yang sebenar. Kemudian mata itu melihat
gambaran kemurahan Allah, nikmat, rahmat dan kebaikan-Nya di atas cermin hati
yang murni itu. Nabi s.a.w bersabda, “Mukmin adalah
cermin bagi samanya mukmin”. Juga sabda baginda, “Orang berilmu membuat gambaran sementara orang arif
menggilap". Juga sabda baginda, “Orang berilmu
membuat gambaran sementara orang arif menggilap cermin hati yang menangkap
kebenaran." Bila cermin hati sudah dicuci sepenuhnya dengan digilap
terus menerus secara menzikirkan nama-nama Allah, seseorang itu mendapat jalan
kepada pengetahuan dan sifat Ilahi. Penyaksian terhadap pemandangan ini hanya
mungkin berlaku di dalam hati.
Penyucian yang bertujuan
mencapai Zat Ilahi adalah melalui terus menerus mentafakurkan kalimah tauhid.
Ada tiga nama keesaan, tiga yang akhir daripada dua belas nama-nama Ilahi.
Nama-nama tersebut ialah: LA ILAHA ILLA LLAH : Tiada yang ada kecuali Allah
ALLAH : Nama khusus bagi Tuhan HU : Allah yang bersifat melampaui
sesuatu HAQ : Yang sebenarnya (Hakikat) HAYYUN : Hidup Ilahi yang
kekal abadi QAYYUM : Berdiri dengan sendiri yang segala kewujudan
bergantung kepada-Nya QAHHAR : Yang Maha Memaksa, meliputi segala sesuatu
WAHHAB : Pemberi tanpa batas WAHID : Yang Esa AHAD : Esa
SAMAD : Sumber kepada segala sesuatu
Nama-nama ini mestilah diseru
bukan dengan lidah biasa tetapi dengan lidah rahsia bagi hati. Hanya dengan itu
mata hati melihat cahaya keesaan. Bila cahaya suci Zat menjadi nyata semua
nilai-nilai kebendaan lenyap, semua menjadi tiada apa-apa. Ini adalah suasana
menghabiskan sepenuhnya segala perkara, kekosongan yang melampaui semua
kekosongan. Kenyataan cahaya Ilahi memadamkan semua cahaya: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali
Zat-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88). “Allah hapuskan apa yang Dia kehendaki dan Dia
tetapkan apa yang Dia kehendaki, kerana pada sisi-Nya ibu kitab”. (Surah ar-Ra’d, ayat 39).
Bila semuanya lenyap apa yang
tinggal selamanya adalah roh suci. Ia melihat dengan cahaya Allah. Ia
melihat-Nya, Dia melihatnya. Di sana tiada gambaran, tiada persamaan di dalam
melihat-Nya: “Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya. Dia mendengar
dan melihat”. (Surah asy-Syura, ayat
11).
Apa yang ada hanyalah cahaya
murni yang mutlak. Tidak ada apa untuk diketahui lebih dari itu. Itu adalah alam
fana diri. Tiada lagi fikiran untuk memberi khabar berita. Tiada lagi sesiapa
melainkan Allah yang memberi khabar berita. Nabi s.a.w bersabda, “Ada ketika aku sangat hampir dengan Allah, tiada siapa, malaikat
yang hampir atau nabi yang diutus, boleh masuk antara aku
dengan-Nya”. Ini adalah suasana pemisahan di mana seseorang itu telah
membuang semua perkara kecuali Zat Allah. Itu adalah suasana keesaan. Allah
memerintahkan melalui Rasul-Nya, “Pisahkan diri kamu dari
segala perkara dan carilah keesaan”.
Pemisahan itu bergerak
daripada semua yang keduniaan kepada kekosongan dan ketiadaan. Hanya dengan itu
kamu memperolehi sifat-sifat Ilahi. Itulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w
apabila bersabda, “Sucikan diri kamu, benamkan diri kamu
dalam sifat-sifat yang suci (sifat Ilahi)”.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.