Zikir
Allah Yang Maha Tinggi
menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya: “Dan hendaklah kamu sebut Dia
sebagaimana Dia pimpin kamu. (Surah Baqaraah, ayat
198).
Ini bermakna Pencipta kamu
telah membawa kamu ke peringkat kesedaran dan keyakinan yang tertentu dan kamu
hanya boleh mengingati-Nya menurut kadar keupayaan tersebut. Nabi s.a.w
bersabda, “Ucapan zikir yang paling baik adalah yang aku
dan sekalian nabi-nabi bawa, itulah kalimah “La ilaha illa Llah”.
Terdapat berbagai-bagai
peringkat zikir dan masing-masing ada cara yang berlainan. Ada yang diucap
dengan lidah secara kuat dan ada pula yang diucapkan secara senyap, dari lubuk
hati. Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan zikirnya
dengan lidahnya secara berbunyi. Kemudian peringkat demi peringkat zikir
mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi
semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih
jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling tersembunyi
daripada yang tersembunyi. Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang
dicapainya, bergantung kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing
seseorang.
Zikir yang diucapkan dengan
perkataan menjadi kenyataan bahawa hati tidak lupa kepada Allah. Zikir secara
senyap di dalam hati adalah pergerakan perasaan. Zikir hati adalah dengan cara
merasakan di dalam hati tentang kenyataan tentang keperkasaan dan keelokan
Allah. Zikir adalah melalui pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh
keperkasaan dan keelokan Allah.
Zikir pada tahap
rahsia ialah melalui keghairahan (zauk) yang diterima daripada pemerhatian
rahsia suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi membawa seseorang kepada:
“Di tempat
duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 55).
Zikir peringkat terakhir yang
dipanggil khafi al-khafi – yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi –
membawa seseorang kepada suasana fana diri sendiri dan penyatuan dengana yang
hak. Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali Allah yang mengetahui keadaan
orang yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua pengetahuan,
kesudahan kepada semua dan segala perkara. “Dia mengetahui rahsia dan yang lebih
tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7).
Bila seseorang telah melepasi
tahap zikir-zikir tersebut suasana jiwa yang berlainan seolah-olah roh lain
lahir dalam diri seseorang. Roh ini lebih tulen dan seni daripada roh-roh yang
lain. Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat. Ketika dalam bentuk benih
bayi ini mengajak dan menarik orang lain untuk mencari dan menemui yang hak.
Setelah ia lahir bayi ini menggesa orang lain supaya mendapatkaan Zat Allah Yang
Maha Tinggi. Roh baharu ini yang dinamakan bayi kepada hati dan juga benih serta
keupayaannya tidak terdapat pada semua orang. Ia hanya terdapat pada orang
mukmin yang tulen. “Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki
arasy. Dia kirim roh dari perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki:.
(Surah Mukmin, ayat 15).
Roh khusus ini dihantar
daripada makam Yang Maha Perkasa dan diletakkan di dalam alam maya yang nyata di
mana sifat-sifat Pencipta menyata pada penciptaan, tetapi roh ini adalah
kepunyaan alam yang hak. Ia tidak berminat dan tidak memperdulikan apa sahaja
melainkan Zat Allah. Nabi s.a.w bersabda, “Dunia ini
tidak disukai dan tidak dihajati oleh orang yang inginkan akhirat. Akhirat pula
tidak dihajati oleh orang yang inginkan dunia, dan ia tidak akan diberi kepada
mereka. Tetapi bagi roh yang mencari Zat Allah dunia dan akhirat tidak menarik
perhatiannya”. Roh untuk yang hak. Orang yang memilikinya akan
mencari, menemui dan bersama Tuhannya.
Apa sahaja yang kamu buat di
sini zahir kamu mestilah menurut jalan yang lurus. Ia hanya mungkin dengan
mengikuti dan mematuhi serta memelihara peraturan dan hukum agama. Untuk berbuat
demikian seseorang haruslah menyedari, mengingati Allah malam dan siang, zahir
dan batin, berterusan. Bagi mereka yang menyaksikan yang hak mengingati Allah
adalah wajib sebagaimana perintah-Nya: “Maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil
berdiri dan sambil duduk dan sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu”. (Surah Nisaa’, ayat 103).
“Yang
mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring dan
memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi (sambil berkata), ‘Wahai
Tuhan kami, Engkau tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci
Engkau’”. (Surah Imraan, ayat 191).
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.