Rd.Adi Kusuma

Rd.Adi Kusuma

Minggu, 22 Juli 2012

Misykaatul Anwar Bahagian Kedua: Pengetahuan tentang ibarat atau perumpaan mukaddimah perumpaan Misykaat, Lampu, Kaca, Pokok, Minyak dan Api A. Zhohir dan batin dalam perumpamaan:

Bahagian kedua

Penerangan bagi perumpamaan atau ibarat ini melibatkan dua perkara penting;  yang sangat luas  bidangnya.   Tetapi di sini saya berikan ringkasannya  sahaja.

Pertama:   Ilmu pengetahuan dan cara (method)  perumpamaan,  bagaimana ruh atau isi tanggapan (idea-idea) itu  terkandung dalam perumpamaan tersebut;  perkaitan antara  keduanya;   keadaan batin persamaan ini antara Alam Deria (Alam Pancaindera) sebagai acuan dan kebendaan kepada perumpamaan dan Alam Tinggi yang dirinya turunnya  tanggapan idea.

Kedua:   Peringkat-peringkat bagi beberapa ruh pada tanah liat (badan) kita,    dan  darjah cahaya yang ada pada tiap-tiap satunya.

Kita bincangkan perumpamaan yang kedua ini untuk menerangkan yang pertama itu.
 



A.  Zhohir dan batin dalam perumpamaan:  Jenis dan pasangan sejenisnya



Alam ini terbahagi kepada dua iaitu;

  • Alam Ruhani dan Alam Kebendaan atau
  • Alam Deria dan Alam Aqal atau

Alam boleh juga dikatakan Alam Tinggi dan Alam Rendah.

Semua istilah-istilah alam tersebut adalah hampir ertinya antara satu dengan yang lain.  Perbezaan hanya pada segi pandangan sahaja.

  • Jika saudara anggap kedua-kedua Alam itu dari seginya masing-masing,  maka saudara menggunakan istilah pertama (Alam Ruhani dan Alam Kebendaan)
  • Jika  berkaitan dengan anggota yang melihatnya,  maka itu adalah yang kedua (Alam Deria dan Alam Aqal).
  • Boleh  juga saudara katakan Alam Zhohir dan Alam Ghaib.

Tidaklah hairan kenapa ada juga penuntut-penuntut yang mengkaji ilmu ini terkeliru tentang banyaknya istilah-istilah itu dan menyangka banyak pula tanggapan atau idea yang dimaksudkan.  Tetapi bagi orang yang mengenal hakikatnya,  mereka  tidak akan menyangka istilah-istilah itu yang terpenting.  Yang terpenting ialah maksud atau tanggapan yang dibawa oleh istilah-istilah itu.  Tetapi orang yang kurang pintar mungkin menganggap sebaliknya- iaitu ia mementingkan istilah dan tidak mementingkan maksud atau isinya.  Pada pandangan mereka istilah itulah punca atau sumber tempat hakikat itu terbit.  Berkenaan dua jenis pandangan fikiran itu.  Al-Quran menerangkan,

 "Siapakah yang lebih benar dipimpin,  orang yang berjalan dengan mukanya tertunduk ke bawah,  atau orang yang berjalan lurus tegak?"






1.  Dua alam:  Jenis dan pasangan sejenisnya
 




Demikianlah tanggapan atau idea penting kedua-dua alam tersebut.  Kemudian saudara hendaklah tahu bahawa Alam Tinggi itu tidak ternampak oleh kebanyakan orang,  tetapi Alam Rendah ataupun Alam Nyata itu ternampak oleh semua orang,  kerana ianya adalah Alam Deria {Alam Pancaindera} dari tempat Alam Deria atau Alam Nyata inilah;  kita naik ke Alam Akal atau Alam Rohani.

Berjalan untuk menuju ke Alam Tinggi itu akan terhalang jika tidak ada perhubungan antara kedua alam itu.  Jika pengembaraan ke atas itu tidak mungkin,  maka tidak mungkin jugalah kita hendak menghampiri ke Hadirat Ilahi.  Tidak ada seorang pun akan sampai hampir di sisi Allah,  kecuali kakinya berdiri di tengah-tengah majlis atau bidang Ketuhanan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci itu.

Apa yang kita maksudkan dengan istilah atau perkataan "Ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci" itu ialah alam yang melampaui jangkauan atau capaian deria pemikiran atau khayalan.  Kerana menurut hukum {undang-undang} tertinggi itu,  bahawa ruh  yang mana asing kepada alam itu  tidak keluar dan tidak masuk ke alam itu;  maka kita gelarkan ianya majlis atau bidang Ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci.  Maka ruh manusia yang menjadi saluran penzohiran (manifestasi) Yang Maha Tinggi itu,  bolehlah barangkali digelarkan "Lembah Suci " (Al- Quran)

Majlis atau bidang Ketuhanan ini terdiri daripada majlis, atau bidang-bidang yang lebih kecil.  Setengah daripadanya masuk lebih jauh dari yang lain ke dalam tanggapan atau idea-idea Ketuhanan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci ini.  Tetapi istilah "Majlis atau bidang" ini meliputi semua peringkat yang kecil-kecil itu.  Dari kerana itu janganlah saudara sangkakan istilah-istilah ini mempunyai maksud-maksud tersembunyi yang tidak difahami oleh orang-orang yang mempunyai makrifat.  Di sini saya tidak mahu melanjutkan perkara ini kerana asyik dengan menerangkan istilah-istilah ini menyebabkan saya terkeluar dari tajuk perbincangan kita.  Terpulanglah kepada saudara untuk mengkaji istilah-istilah tersebut.

Sekarang kita kembali kepada perkara perbincangan kita.  Seperti yang kita katakan duhulu,  Alam Nyata ini adalah tempat bertolak ke Alam Tinggi itu.  Ayat yang bermaksud "Kemajuan pengembaraan di jalan yang lurus"  bererti  menuju ke tempat yang tinggi itu.  Ini boleh juga dikatakan "Al-Iman" dan "Tempat kediaman bimbingan yang benar".  Jika tidak ada perhubungan antara kedua-kedua alam tersebut,  maka tidaklah boleh naik seseorang itu dari satu alam ke alam yang satu  lagi itu.  Allah memberi RahmatNya kepada Alam Nyata seperti juga diberiNya kepada Alam Ghaib itu.

Oleh itulah,  tidak ada satu benda pun dalam Alam Nyata ini yang tidak menjadi simbol atau perumpamaan kepada perkara-perkara di dalam Alam ghaib itu.  Alam Nyata ini adalah simbol atau atau qias atau ibarat atau perumpamaan Alam Ghaib.  Mungkin juga satu benda di alam ini menjadi simbol atau bayangan atau kiasan beberapa perkara di Alam Ghaib,  begitu juga satu perkara dalam Alam Ghaib itu mungkin mempunyai beberapa simbol atau bayangan di Alam Nyata ini.  Kita katakan sesuatu itu sejenis atau simbolik(seumpama) apabila nyata mempunyai dan bersesuaian dengan pasangannya itu dalam beberapa aspek.

Menghitung sepenuhnya semua simbol-simbol atau perumpamaan-perumpamaan ini akan bererti menghitung semua benda-benda dan perkara-perkara dalam dua alam tersebut.  Tidak ada makhluk yang dapat membilang dan menghitungnya.  Kebolehan manusia tidak cukup untuk mengetahuinya di masa lampau dan dengan umur kita yang pendek ini,  kita tidak dapat menghuraikan sepenuhnya. Pada masa kini yang dapat saya terangkan kepada saudara ialah satu contoh sahaja yang besar dan luas yang diambil penerangan dan kesimpulan dari yang kecil dan sempit,  kerana pintu penyelidikan kepada rahsia-rahsia ilmu ini masih dibukakan kepada saudara.
 

Bersambung ke tajuk seterusnya...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.