Bahagian
kedua
3. Contoh-contoh
dasar tentang perumpamaan; khususnya dari cerita Nabi Musa a.s yang tersebut
dalam Al-Quran
Marilah kita sekarang kembali kepada ceruk yang kita pilih untuk menerangkan cara simbolik (perumpamaan) ini. Ilmu tentang penafsiran pandangan (hati) menentukan kepada kita tentang nilai tiap-tiap jenis simbol atau perumpamaan itu. Ini adalah kerana "Pandangan (hati) itu ialah sebahagian daripada Nubuwah (Kenabian)". Apabila dipandang dalam mimpi atau pandangan hati, matahari itu diibaratkan sebagai raja kerana cahayanya meliputi segala-galanya. Bulan diibaratkan sebagai menteri kerana melalui bulan itulah cahaya matahari dapat dipancarkan kepada dunia semasa matahari tidak ada (waktu malam). Ini bererti melalui menteri inilah pengaruh raja itu dapat dirasai oleh rakyat jelata yang tidak pernah melihat raja itu.
Orang yang bermimpi melihat dirinya
memakai cincin dan dengan cincin itu ia mengecap (mementerai) mulut lelaki dan
rahsia-rahsia perempuan, maka mimpi itu ditafsir atau dita'birkan sebagai azan
Subuh di bulan Ramadhan.
Orang yang bermimpi melihat dirinya
mencurahkan minyak zaiton kepada pohon zaiton ditafsirkan bahawa perempuan hamba
yang dinikahinya itu ialah ibunya, tetapi ia tidak tahu menahu yang perempuan
hamba itu adalah sebenarnya ibunya.
Cara menta'birkan atau mentafsirkan
simbol-simbol atau perumpamaan-perumpamaan tidaklah terhad, dan saya tidaklah
hendak menghuraikannya satu persatu. Apa yang dapat saya katakan ialah
sebagaimana adanya perkara-perkara di Alam Tinggi itu yang dibaratkan atau
disimbolkan sebagai matahari adanya bulan dan bintang, maka yang lain itu pun
ada juga simbol-simbolnya apabila titik perkaitan itu sesuatu yang lain daripada
cahaya.
Misalnya jika di kalangan perkara
yang wujud di Alam Tinggi itu ada satu perkara
-
yang tetap tanpa berubah,
-
besar tanpa berkurangan;
-
yang dirinya limpahan ilmu dan kemuliaan turun ke dalam hati sebagaimana air yang mengalir ke lembah;
maka itu
diisyaratkan atau disimbolkan dengan gunong.
Jika sesuatu yang menjadi penerima
anugerah kemuliaan itu ada berbagai-bagai peringkat maka; maka sesuatu itu
disimbolkan dengan lembah. Jika kemualiaan-kemuliaan itu sampai ke dalam hati
manusia, berpindah dari hati ke hati; maka hati-hati itu di simbolkan juga
dengan lembah. Kepala lembah itu menunjukkan hati Nabi-nabi, Aulia-aulia dan
Ahli-ahli Ilmu; dan ini diturunkan pula oleh orang-orang selepas daripada
mereka tersebut.
Oleh itu, jika
lembah-lembah ini lebih rendah dari lembah yang pertama itu dan diairi dari
lembah yang pertama itu, maka lembah pertama itu adalah lembah "yang benar" kerana disimbolkan dengan
kebenaran dan kelebihannya. Akhirnya lembah yang paling rendah dan airnya
datang dari peringkat yang terakhir dan terendah daripada lembah "yang benar" itu; dan sewajarnyalah dengan itu diairkan
dari "tepi lembah yang benar" itu dan bukan dari
bahagian tengah dan yang paling dalam.
Jika ruh Nabi-nabi itu diibaratkan
sebagai lampu yang bernyala-nyala; yang dinyalakan oleh ilham
atau wahyu ("Kami telah wahyukan engkau dengan
ruh daripada Qudrat Kami" - Al-Qur'an), maka simbol atau perumpamaan
punca nyalanya itu ialah api. Jika ada orang yang mendapat ilmu dari Nabi-nabi
itu hidup dengan hanya menerima secara tradisi (kebiasaan) sahaja apa yang
mereka terima dari Nabi-nabi itu, maka mereka itu ibaratkan sebagai "suluh
api" atau "tahi bintang". Mereka ini tidak menyiasat dengan lebih
lanjut lagi pengajaran Nabi-nabi itu. Tetapi ada orang yang pintar, yang
dikurniakan ilham dan pengalaman Keruhanian. Mereka ini mendapat seolah-olah
apa yang didapati oleh Nabi-nabi mereka. Mereka ini disimbolkan sebagi "hamba panas api" kerana seseorang itu tidak mendapat panas
api jika hanya mendengar sahaja perihal api itu. Orang-orang yang merasai atau
mendapat panas api ialah orang yang hampir dengan api itu.
Jika
peringkat pertama Nabi-nabi itu ialah peralihan mereka masuk ke Alam Ketuhanan
Maha Tinggi, jauh dari kekacauan dan gangguan deria dan sangkanya dan
khayalan, maka peringkat itu disimbolkan dengan "lembah
suci". Dan jika "lembah
suci" itu tidak boleh dilalui kecuali selepas ditanggalkan kedua-dua alam (Alam
Nyata dan Alam Ghaib) dan wajah ruh itu telah menghadap kepada Yang Maha Tunggal
sahaja, maka simbol atau ibarat menanggalkan kedua belah kasut oleh orang yang
mengerjakan ibadat Haji di Mekah, di kala dia menggunakan pakaian keduniaannya
dan memakai pakaian Ihram dan menghadapkan mukanya ke kaabah.
Sekarang marilah kita berpindah
kepada perkara Hadirat Ilahi itu lagi sekali dan bercakap tentang
simbol-simbolnya. Jika Hadirat itu mempunyai "sesuatu" di mana Ilmu-ilmu Ketuhanan dirakamkan pada
luh-luh hati yang boleh menerima ilmu-ilmu itu, maka "sesuatu" itu disimbolkan pula dengan pena. Hati yang
padanya terakam ilmu-ilmu itu diibaratkan sebagi luh atau kitab atau buku.
Jika "sesuatu" yang memegang pena itu supaya
ia dapat menulis, maka "sesuatu" itu
disimbolkan sebagai tangan.
Jika Hadirat yang meliputi tangan,
ruh, pena dan kitab itu disusun secara teratur, maka Hadirat itu disimbolkan
dengan bentuk atau bayangan. Jika bentuk manusia itu mempunyai susunan tertentu
maka ianya juga adalah seperti diciptakan "menurut
bayangan atau bentuk Yang Penyayang". Di sini ada perbezaan antara
ayat "menurut bayangan Yang Penyayang" dengan ayat "menurut bayangan
Allah".
Kerana sayangnya itulah Allah
menyebabkan Hadirat itu berupa dalam "bayangan" itu, kerana sayangNya,
Allah kurniakan Adam satu "bentuk" atau
"bayangan" yang meliputi setiap jenis yang
ada dalam seluruh alam ini, hinggakan seolah-olah Adam
itu terdiri daripada semua perkara dalam alam ini atau salinan ringkasan alam
ini. Bentu Adam ("bayangan" ringkasan ini) dirakamkan dengan tulisan
Allah. Maka jadilah Adam itu tulisan Allah, yang bukan berbentuk huruf,
seperti juga perkataan atau kalamNya di luar sempadan lingkungan bunyi dan
suara; dan penaNya di luar sempadan lingkungan buluh atau besi; dan tanganNya
bukan daripada daging dan tulang. Jika tidak ada kasih sayang atau rahmat Tuhan
ini, maka setiap anak Adam tidak akan berupaya hendak mengenal Allah.
Orang
yang mengenal dirinya, akan kenal pada TuhanNya. Inilah kesan kasih sayang Allah. Adam diciptakan "menurut bentuk
yang penyayang" bukan "menurut bentuk Allah". Oleh itu Hadirat
Allah itu bukanlah sama dengan Hadirat Yang Penyayang, bukan sama dengan
hadirat Kesultanan, bukan sama dengan hadirat Ketuanan. Kerana itulah
Allah memerintahkan kita supaya memohon perlindungan dari tuan manusia, ruh
manusia, tuhan manusia - (Al-Quran). Jika tanggapan ini tidak dapat
membawa pengertian bahawa "Allah menciptakan manusia menurut bayangan (bentuk)
Yang Penyayang, maka secara bahasanya (nahu) ayat itu tidaklah betul. Tentulah
dikatakan sahaja "menurut bayanganNya". tetapi ayat itu menurut pendapat Imam
Bukhari, berbunyi "menurut bayangan Yang Penyayang".
Untuk membezakan antara Hadirat
Kesultanan dan Hadirat Ketuanan(Rab), itu memerlukan penerangan dan
perbincangan yang sangat panjang. kita tinggalkan dahulu perkara itu. Cukuplah
dengan contoh cara sombolik yang kita terangkan itu. Sesungguhnya perbincangan
tentang perkara tersebut tidaklah ada batas dan hadnya.
Jika saudara tidak dapat menerima
atau susah menerima kias atau perumpamaan tersebut, maka senangkanlah hati
saudara dengan ayat Al-Quran ini yang bermaksud;
"Diturunkan
dari langit itu hujan; dan mengalir air hujan itu dalam lembah-lembah menurut
keupayaan lembah-lembah itu".
Dari ayat ini dapatlah ditafsirkan
bahawa dimaksudkan dengan air itu ialah "ilmu
pengetahuan" dan lembah-lembah itu ialah "hati-hati manusia".
Bersambung ke tajuk
seterusnya...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.