5. Sumber semua peringkat cahaya:
Allah
Kemudian ingin saya hendak beritahu saudara bahawa peringkat-peringkat cahaya ini bukanlah naik ke atas tanpa had. Had atau peringkat muktamatnya ialah cahaya yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya tidak didatangkan dari punca yang lain ; bahkan cahaya itulah yang mengeluarkan cahaya kepada yang lain, menurut susunan dan peringkat masing-masing.
Tanya diri saudara sendiri. Manakah
yang lebih patut dipanggil cahaya; yang bercahaya sendirinya dan menyinari yang
lain, atau pun yang cahayanya datang dari sumber lain dari dirinya?. Tentu
saudara telah tahu jawapannya, bukan? Dengan itu, dapatlah kita kesimpulan
bahawa panggilan cahaya itu sebenarnya patut diberi kepada cahaya tertinggi
itu. Di atas itu tidak ada cahaya lagi, bahkan cahaya yang lain itu datang
daripadanya.
Berani saya katakan bahawa istilah
"cahaya" ini sepatutnya diberi kepada cahaya yang tertinggi itu dan yang lain
dari itu sebenarnya tidak bercahaya. Cahaya yang ada pada yang lain itu adalah
pinjaman semata-mata. Mereka sendiri tidak mempunyai cahaya, hanya berharapkan
cahaya pinjaman. Jadi, mereka sebenarnya tidak ada cahaya. Memanggil "orang
yang meminjam" dengan nama "orang yang memberi pinjam" adalah semata-mata
panggilan tanpa isi sebenarnya. Cubalah fikirkan, siapakah sebenarnya yang
mempunyai barang (di sini katakanlah, kuda), orang yang memberi pinjam kuda
tunggangan atau orang yang meminjam kuda tunggangan itu? Yang mempunyai kuda
tunggangan itukah yang berharta (di sini berkuda) atau orang yang meminjam itu
yang berharta? Orang yang meminjam itu tetap tidak mempunyai kuda kerana kuda
bukan dia yang punya. Yang mempunyai kuda itulah tuannya.
Oleh yang demikian, cahaya hakiki
ialah Dia yang menjadikan makhluk dan mentadbir mereka itu. Dia yang memberi
cahaya dan menahan cahaya. Tidak ada sekutu baginya. Cahaya itu Dia punya.
Yang lain tidak berhak campur tangan dalam urusanNya. Kecuali ada juga Dia
menggelar yang dijadikan itu "cahaya" semata-mata kerana ia menghendaki supaya
dipanggil demikian. Ibarat tuan yang hendak memberi hanya satu hadiah, dan
diberinya hamba itu nama "tuan". Apabila hamba itu menyedari hakikat ini, dia
pun tahulah bahawa dirinya itu dan kepunyaannya itu adalah hak tuannya, bukan
hak dirinya. Allah itulah tuan yang mempunyai sekelian Alam, dan tidak ada apa
dan siapa pun yang bersyarikat dengan Dia.
Sekarang tahulah saudara bahawa
cahaya itu ialah yang kelihatan dan ternampak.
Saudara juga telah tahu
peringkat-peringkat cahaya itu. Selanjutnya saudara tahu juga bahawa tidak ada
gelap yang lebih gelap dari "bukan wujud" kerena sesuatu benda yang gelap itu
dipanggil "gelap" kerena ia tidak kelihatan. Ia tidak terlihat meskipun ia ada
wujud. Tetapi yang tidak ada wujud pada pandangan orang lain dan pandangan
dirinya adalah yang paling gelap.
Sebaliknya atau lawannya
ialah wujud, dan wujud ialah cahaya, kerena kecuali benda itu terzhohir pada
yang lain, wujud itu terbahagi kepada dua jenis. Satu, ialah yang mempunyai
wujud pada dirinya; dan dua, ialah wujudnya itu didapati dari bukan dirinya.
Wujud jenis yang kedua ini ialah wujud pinjaman, yang bererti tidak wujud
sendirinya, bahkan pada hakikatnya, ia tidak wujud. Wujud itu itu tergantung
kepada yang lain. Oleh itu, pada hakikatnya ia tidak wujud, seperti
perumpamaan orang yang mempunyai kuda dengan orang yang yang meminjam kuda tadi.
Oleh itu, Wujud Hakiki ialah Allah
Subhanahuwa Taala dan juga cahaya hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taala jua.
Bersambung tajuk yang
seterusnya;
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.