3. Alam Nyata dan Alam Ghaib: dan
cahaya keduanya
Sekarang saudara telah tahu bahawa ada jenis mata iaitu;
Mata zhohir dan mata batin. Mata
zhohir termasuk dalam Alam Deria atau Alam Pancaindera. Mata batin termasuk
dalam Alam Keruhanian atau Alam Ghaib. Tiap-tiap mata tersebut ada mempunyai
matahari dan cahaya masing-masing, supaya dapat melihat dengan sempurna.
Matahari pun ada dua jenis. Satu
daripada matahari ini ialah matahari biasa yang nampak oleh deria lihat dan yang
satu lagi ialah termasuk dalam bidang Alam Ghaib; iaitu al-Quran dan lain-lain
kitab Allah. Jika ini telah diterangkan sepenuhnya dan seterang-terangnya
kepada saudara, maka satu daripada pintu Alam Ghaib ini telah dibuka kepada
saudara.
Alam ini penuh dengan keajaiban.
Ia lebih hebat dari alam yang nampak oleh mata kasar
itu. Orang yang tidak mempedulikan Alam tinggi itu dan hanya
melekatkan dirinya dengan alam nyata sahaja, maka dia itu adalah ibarat
binatang dan bukan manusia sebenarnya. Dia lebih sesat lagi dari binatang
kerana binatang itu tidak dikurniakan sayap untuk terbang ke Alam tinggi itu.
Al-Quran ada menerangkan orang seperti itu dengan firman Allah;
"Orang-orang yang
demikian itu adalah lembu kerbau, bahkan lebih sesat lagi".
Perkaitan Alam Kasar dengan Alam
Ghaib itu adalah ibarat kulit buah dan isinya atau ibarat bentuk(acuan) dengan
nyawa, atau gelap dengan terang, atau neraka dengan syurga. Kerena itulah Alam
Ghaib itu digelar Alam Tinggi atau Alam Ruh atau Alam Nur (cahaya) dan Alam
Nyata ini digelar Alam Bawah atau Alam Rendah, atau Alam Benda atau Alam Gelap.
Tetapi janganlah saudara anggap apa
yang saya maksudkan dengan Alam Tinggi ini sebagai langit atau tujuh petala
langit, meskipun ia berada di atas. Langit itu dapat dilihat oleh mata kasar
manusia dan binatang. Tetapi pintu ke Alam Tinggi itu tertutup kepada manusia
dan manusia bukan menjadi penghuni alam itu kecuali;
"Bumi ini baginya
bertukar menjadi bukan bumi, dan begitu jugalah langit".
(Al-Quran).
Pendeknya, kecuali semua yang
mendatang ke dalam bidang deria dan khayalan termasuk langit yang kelihatan itu
menjadi buminya dan langit itu melebihi jangkauan derianya. Inilah kenaikan
(mikraj) pertama bagi setiap Salik (orang dalam perjalanan menuju Allah) dalam
perjalanannya menuju ke Hadirat Allah Subhanahuwa Taala. Manusia telah
dihantarkan ke tempat yang rendah dan kemudian mestilah manusia itu naik ke
tempat paling tinggi.
Bukan seperti para malaikat, kerana
malaikat itu adalah termasuk dalam Alam Keruhanian itu, sentiasa berada di
hadirat Allah dan dari situ mereka melihat ke alam rendah ini. Nabi Muhammad
SAW. pernah berkata;
"Allah mencipta
makhluk dalam kegelapan; kemudian dipancarkan Nur (cahaya) kepada makhluk
itu".
dan sabda beliau lagi yang bermaksud;
"Allah mempunyai
malaikat-malaikat yang tahu kerja-kerja manusia lebih dari manusia itu
mengetahui dirinya".
Adalah Nabi-Nabi apabila mereka
mikraj ke Alam Tinggi itu, mereka sampai ke tempat
yang paling tinggi. Dari situ mereka melihat keseluruhan alam ghaib itu kerana orang yang berada d Alam Tinggi tersebut adalah bersama Allah dan mempunyai kunci kepada yang ghaib. Saya maksudkan iaitu dari tempat di mana orang itu menjadi sebab kepada benda-benda yang ada ini turun ke dalam alam deria atau alam nyata. Ini adalah kerana alam nyata ini adalah satu daripada kesan-kesan daripada alam tinggi itu. Alam nyata ini adalah keluaran atau terbitan dari alam ghaib itu seperti ibarat bayang-bayang itu terbitan dari sesuatu badan atau ibarat air buah yang keluar dari buah, atau akibat dari sebab.
yang paling tinggi. Dari situ mereka melihat keseluruhan alam ghaib itu kerana orang yang berada d Alam Tinggi tersebut adalah bersama Allah dan mempunyai kunci kepada yang ghaib. Saya maksudkan iaitu dari tempat di mana orang itu menjadi sebab kepada benda-benda yang ada ini turun ke dalam alam deria atau alam nyata. Ini adalah kerana alam nyata ini adalah satu daripada kesan-kesan daripada alam tinggi itu. Alam nyata ini adalah keluaran atau terbitan dari alam ghaib itu seperti ibarat bayang-bayang itu terbitan dari sesuatu badan atau ibarat air buah yang keluar dari buah, atau akibat dari sebab.
Kunci daripada ilmu berkenaan kesan
atau akibat itu dicari dan didapati dalam sebab. Kerana itulah alam nyata ini
adalah sati jenis daripada alam ghaib, seperti yang kita nampak apabila kita
mengkaji tentang Misykaat (ceruk), lampu dan pokok kerana sesuatu yang
dibandingkan itu tentulah sejajar dan ada persamaan dengan sesuatu dengan yang
diperbandingkan, samada persamaan itu jauh atau dekat. Ini pun satu perkara
lagi yang sangat mendalam pengajiannya. Barang siapa yang mengetahui maksud
batinnya akan dilihatlah dengan mudah tentang kebenaran dan kesungguhan
jenis-jenis itu dalam Al Quran.
Saya (Imam Ghazali) katakan bahawa
apa sahaja yang yang melihat diri dan bukan diri patut sekali mendapat gelaran
"cahaya" dan apa yang memberi tambahan kepada itu dengan satu lagi tugas, iaitu
menjadikan "bukan diri" itu boleh kelihatan,
adalah lebih wajar lagi digelar "cahaya". Lebih wajar daripada sesuatu yang
tidak ada kesan apa pun walaupun di luar dirinya.
Inilah cahaya yang berhak dinamakan
"lampu yang bersinar" (Al-Quran) kerana cahayanya terpancar kepada bukan diri.
Inilah sifatnya Ruh Kenabian yang tinggi itu, kerana melalui caranya itulah
terpancar sinaran ilmu ke alam ini. Ini menerangkan juga kenapa Allah memberi
Muhammad gelaran "yang bersinar"(Al-Quran). Semua Nabi-nabi itu adalah
lampu-lampu dan begitu juga orang-orang Alim(berilmu); tetapi perbezaan antara
mereka adalah tidak terkira.
Bersambung tajuk yang
seterusnya;
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.