4. Cahaya ini
sebagai lampu-lampu Alam Rendah dan Alam Tinggi; dengan susuanan dan
peringkatnya.
Jika sewajarnyalah digelar sesuatu itu yang dirinya cahaya pandangan itu terpancar keluar sebagai "Lampu Yang Bersinar", maka sesuatu itu yang dirinya lampu itu dengan sendirinya terpasang nyala, bolehlah diibaratkan sebagai api.
Semua lampu-lampu Alam Rendah (Alam
Nyata) ini pada asalnya dipasang dari cahaya Maha Tinggi, dan berkenaan Ruh
Kenabian itu ianya ditulis sebagai "Minyaknya bersinar meskipun tidak disentuh
oleh api". dan menjadi "cahaya atas cahaya" apabila disentuh oleh api. Dengan
itu, punca atau sumber yang menyalakan ruh-ruh rendah itu ialah Ruh-ruh Maha
Tinggi, sebagaimana diceritakan oleh Sayyidina Ali dan Ibn. Abbas r.a demikian;
"Allah mempunyai
satu malaikat yang mempunyai 70,000 muka. Bag tiap-tiap satu muka ini ada
70,000 lidah dan lidah ini sentiasa memuji Allah SWT.".
Inilah dia yang dibezakan dari semua
malaikat dalam ayat yang bermaksud;
"Pada hari di
mana ruh itu berdiri dan malikat berbariskan bersaf-saf". (Al-Quran).
Ruh-ruh Alam Tinggi ini, jika mereka
dianggap sebagai sumber yang menyalakan lampu-lampu Alam Rendah ini, maka
bolehlah dibandingkan dengan "API" dan menyalanya itu tidak dapat dilihat
kecuali "di atas tepi gunung". (Al-Quran).
Sekarang marilah kita bincangkan
perkara yang berkenaan lampu-lampu Alam Tinggi ini yang dirinya dipasang
lampu-lampu Alam Rendah ini. Marilah kita susun lampu-lampu itu menurut
nyalanya satu lepas satu yang paling atas dalam susunan itu ialah nama cahaya
yang paling mulia dan dialah yang mengambil tempat paling tinggi dalam susunan
itu.
Perumpamaan susunan ini di alam deria
(pancaindera) hanya boleh difahami oleh seseorang yang melihat cahaya bulan yang
menembusi tingkat rumah, dan cahaya itu tertumpu kepada sekeping cermin yang
terlekat pada dinding, dan cahaya itu berbalik ke dinding yang satu lagi, dan
seterusnya berbalik menuju lantai. Maka teranglah lantai itu.
Cahaya lantai itu datang dari
dinding, dan cahaya dinding itu datang dari cermin, dan cahaya cermin itu
datang dari bulan, dan cahaya bulan datang dari matahari, kerana matahari itu
yang menyinarkan cahayanya pada bulan.
Dengan itu, empat cahaya ini
tersusun bertingkat-tingkat satu lepas satu. Tiap-tiap satu cahaya lebih
sempurna dari yang satu lagi, dan tiap-tiap ada mempunyai tingkatan tertentu
dan darjat sewajarnya yang tidak boleh melampaui tingkatan darjat bagi dirinya
itu.
Ingin saya(Imam Ghazali) beritahu
kepada saudara, bahawa telah ternyata kepada orang yang mempunyai makrifat,
iaitu jika demikianlah susunan cahaya-cahaya Alam Tinggi itu. Maka yang paling
tinggi ialah yang paling hampir dengan cahaya terakhir atau sumber cahaya itu.
Maka dengan itu, Israfin(malaikat) adalah lebih tinggi dari pangkat Jibrail.
Dan di kalangan mereka itu ada malaikat yang hampir sekali dengan Hadirat Allah
SWT., dan Allah itulah yang menjadi sumber cahaya-cahaya ini, dan di kalangan
itu pula ada manusia yang paling hampir; dan di antara kedua peringkat itu
banyak dan ada susunan-susunannya pula, berperingkat-peringkat.
Oleh itulah dikatakan;
"Tidak seorang
pun daripada kamu melainkan mempunyai tempat kedudukan tertentu
masing-masing",
dan;
"Sesungguhnya kami adalah berpangkat; kami adalah daripada mereka yang
mulutnya sentiasa memuji Allah". (Al-Quran).
Bersambung tajuk yang
seterusnya;
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.