2. Al-Quran sebagai Matahari
"Aqal"
Selanjutnya adalah diperhatikan bahawa meskipun Aqal manusia itu sebenarnya melihat tetapi benda-benda yang dilihatnya bukanlah semuanya terletak di bidang yang sama. Dalam beberapa hal, pengetahuan telah sedia ada terkandung dalam Aqal itu seperti halnya dengan kebenaran yang telah memang pasti, umpamanya:
-
sesuatu perkara yang sama tidak boleh bersama dengan asalnya dan
-
di samping itu juga tanpa asalnya atau wujud di samping tidak wujud; atau
-
sesuatu perkara itu benar dan tidak benar; atau
-
pertimbangan yang benar bagi sesuatu perkara adalah benar juga bagi sesuatu perkara yang serupa; atau
-
wujud yang khusus mesti diikuti juga oleh wujud yang umum.
Misalnya:
hitam membawa pengertian
tentang wujud "warna".
Begitu juga dengan "Manusia" dan
"binatang".
Tetapi perkaitan tersebut bukanlah
pasti benarnya kepada Aqal kerana "warna" tidak melibatkan "hitam" dan begitu
juga "binatang" tidak melibatkan "manusia" dan banyak (proposition) atau masalah
yang lain.
Ada yang wajib, ada yang mungkin,
dan ada yang mustahil. Ada juga proposisi yang tidak bersetujuan dengan Aqal
apabila proposisi atau masalah itu kembali semula kepada Aqal, proposisi itu
terpaksa menggoncang Aqal, menggerakkan Aqal. Pukulkan
logam pada besi supaya keluar api. Misalan masalah seperti ini ialah
Teori Spekulasi (masalah pertimbangan) dan untuk mengetahui teori itu, Aqal
terpaksa dibangkitkan dengan Qalam (logik) falsafah. Apabila cahaya falsafah
telah bersinar, maka manusia pun melihat apa yang sebenarnya, pada hal sebelum
itu, penglihatannya itu terpendam. Falsafah paling agung ialah Qalam Allah
umumnya dan al-Quran khususnya.
Oleh yang demikian, ayat-ayat
Al-Quran itu bagi Aqal adalah umpama cahaya matahari bagi mata. Dengan adanya
cahaya matahari, perbuatan melihat dapat dilaksanakan. Oleh itu, Al-Quran
itulah yang paling wajar dinamakan "cahaya" sepertimana cahaya matahari itu
digelar cahaya juga.
Kesimpulannya, al-Quran itu adalah
ibarat matahari dan Aqal itu ibarat cahaya mata. Di sini tahulah kita maksud
ayat Al-Quran;
"Percayalah
kepada Allah dan RasulNya dan cahaya yang Kami turunkan".
dan ayat;
"Telah datang
bukti yang nyata dari Tuhanmu dan Kami turunkan cahaya yang
terang".
Bersambung tajuk yang
seterusnya;
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tolong komentarnya berhubungan dengan artikel yang ada
Komentar yang mengarah ke tindakan spam akan di hapus atau terjaring secara otomatis oleh spam filter.