Habib Nuh bin Muhammad Al Habsy adalah seorang wali Allah yang telah
menghabiskan masa hidupnya di singapura. Makam beliau terletak disebuah
bukit, yaitu diPalmer Road, Tanjong Pagar, Singapura.
Habib
Nuh Al Habsy berasal dari kedah, malaysia. Beliau berketurunan
Rasulullah s.a.w.
mengikuti nasab Ali Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a.
Tidak banyak yang mengetahui kehidupan beliau diusia muda. Beliau adalah 4 bersaudara,
yaitu Habib Noh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.
mengikuti nasab Ali Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a.
Tidak banyak yang mengetahui kehidupan beliau diusia muda. Beliau adalah 4 bersaudara,
yaitu Habib Noh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.
Foto Syeikh Hisyam Kabbani yang menziarahi habib nuh
Beliau menikah dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.
Dari beberapa sumber menceritakan bahwa Habib Nuh sampai ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada waktu itu sekitar tiga puluh tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan banyak usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, akan tetapi beliau banyak berdakwah ke Johor Baru dan negeri-negeri lain di Malaysia
Beliau adalah seorang yang amat wara. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau juga sering berkunjung ke makam-makam untuk selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad.
Habib nuh sangat diidolakan oleh masyarakat, baik yang tua, muda dan bahkan anak-anak. Sering orang melihat karamah-karamah beliau. Beliau juga sering memberikan permen dan uang kepada anak-anak, fakir miskin dan yang memerlukan. Habib nuh sangat sayang kepada anak-anak karena mereka adalah ahlul Jannah [ahli Syurga]. Masyarakat sangat senang jika dikunjungi oleh habib nuh, karena akan banyak anak-anak yang datang dam mengambil makanan di warung/kedai mereka, dan itu akan memberikan berkah tersendiri kepada mereka.
Habib nuh mempunyai banyak sekali karamah selama hidupnya. Beliau pernah dipenjarakan oleh penjajah, tapi anehnya Habib Nuh tetap berada di luar penjara, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai beliau masih bisa keluar, sehingga penjajah tidak bisa lagi untuk memenjarakan beliau.
Habib Noh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, banyak sekali cerita yang menunjukkan karomah habib nuh disaat mengobati anak-anak. beliau juga tidak segan segan berjalan jauh tuk mengobati. Pernah diceritakan bahwa beliau pernah mengubah air kelapa menjadi air susu dan diberikan kepada anak dari seorang keluarga miskin yang sedang sakit.
Diceritakan lagi bahwa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul badai yang kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari angin ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan sebuah kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan barang dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan angin ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia sangat heran kerana Habib Noh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.
Foto Habib Salim Assatiri yang menziarahi habib nuh
Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Noh di perlabuhan. Habib Noh menahan barang2 yang berharga yang dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang2 tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh membawa barang-barang yang berharga.”
Beberapa
hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahwa kapal tersebut
telah terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah orang2 yang
mempunyai barang2 tersebut sadar hikmah dibalik larangan Habib Noh
itu.
Pada
satu saat ada seorang India Muslim yang balik ke India melewati jalan
laut untuk. Dia telah berniat bahwa jika dia kembali ke Singapura dengan
selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Noh satu hadiah. Ketika
dia pulang, dia terkejut karena melihat Habib Noh sudah menunggunya di
tepi laut.
Habib Noh berkata kepadanya “Saya percaya bahwa anda sudah
berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim
itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang
tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada
tuan.”
Habib Noh menjawab, “Saya ingin beberapa gulung kain kuning
untuk bersedekah kepada orang miskin, yang memerlukannya dan anak-anak.”
Sambil
memeluk Habib Noh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat
gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah
karena baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari
untuk menghadiahkannya kepada tuan.”
Habib Nuh al-Habsyi
wafat pada hari Jum'at, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal,
beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di
Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang sedikit aneh karena tempat
yang ditunjukkannya itu adalah terpencil dari kuburan orang Islam dan
berada di tepian laut. Maka keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya
dimakamkan saja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan
jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah pemakaman biasa, jenazah
beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya.
Diceritakan puluhan orang mencoba untuk mengangkat jenazah tersebut,
semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi wasiat Habib
Nuh tentang tempat pengkebumiannya. Maka ketika jenazahnya hendak
dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang
membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka
mengusungnya. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan
menjadi tempat ziarah bagi mereka yang mencintai para Aulia Allah
Banyak
sekali cerita dari karamah-karamah beliau yang patut kita teladani dan
kita dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam mengikuti perjalanan
para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat
JunjunganRasulullahs.a.w.
Sumber:
Tujuh Wali Melayu
Sheikh Hassan Abdullah Al-Khatib, penjaga makam Habib Noh
buyutkuw ini cucumu :(
BalasHapusalhamdulillah . . .terimakasih telah berkunjung ke-blogs saya
Hapus